
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih    kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba  perhatikan cara    dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara  makan dan    minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan  pelik.    Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang  berlakon.    Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.  Tetapi,    apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia  adalah    calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh   kita.
2.Senang bersama
Walaupun     kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu     ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang  kepadanya.    Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat  kedukaan kita.    Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila  bersama. Apabila    berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin  berjumpa dengannya.    Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya  terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun     kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.  Mungkin    dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita  yang    mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.  Yang    penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah     mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia     tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah     silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia     menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia     tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum  hakam    agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran  bukan    perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu  apabila  dia   menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,  kebahagiaan   menjadi  milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi  faktor paling   penting  bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,  sukar baginya   mengelak  daripada berlaku curang kepada kita. Apabila  dia jujur,   semakin hangat  lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang  disulami dengan   kesetiaan  membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,  dialah sebaik-baik   pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap     orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu    dikongsi  supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita    mempunyai  rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita    selamat di  tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya    mempercayai  antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani  mereka.   Mereka rasa  selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada    kekasihnya berbanding  rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak    berahsia apa pun kepadanya  dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti    cinta sejati adalah melalui  kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah    individu yang memperoleh  kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi     kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka  masa    yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui  hidup  ini.   Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu  perkara  sama   ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang  dilakukan  perlulah   ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan  tugas  masing-masing.   Perkara paling penting, kita dan dia dapat  melalui  semua ini dengan   melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga  dapat  melakukan semuanya   tanpa memerlukan orang lain dan kita senang   melakukannya bersama. Ini   penting kerana ia mempengaruhi kehidupan   kita pada masa hadapan. Jika   tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup   bersamanya. Ini kerana, kita yang   memikul beban tanggungjawab seratus   peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi     pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.   Semasa   kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi     penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu.  Di    kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu  bersama    kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira  ataupun    berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia  mengalami pasang    surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri  lagikan tergigit",    inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai  bagi pasangan    kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui  hidup ini di kala    suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah  calon yang sesuai    menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada     siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang  mengaku    dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di  kalangan kita    memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia  yang bersedia    menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan  rahsia    kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan  senang    untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan  kekasihnya. Malah,    dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada  kita. Misalnya, apabila    dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak  mandi dua hari, dia tidak    menghalang kita daripada melawatnya.Apabila  kita dan dia saling menerima    kelemahan dan sifat buruk  masing-masing, memang ditakdirkan kita  hidup   bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah     kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang     dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin     ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia     juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga     reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin  dengan    pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia  ditakdirkan untuk    kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.  Serahlah segalanya  pada   ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh     dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang   di   pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.   Adakalanya,   dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk   melalui mimpi   atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi   apabila kita   melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah   memberikan   petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat   petunjukNya. Jika dia   pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika   tidak, tolaklah dia   dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah   bagi mendapatkan   kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya   diusahakan, berserahlah   kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat   di dunia ini hanya   sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber
0 komentar:
Posting Komentar